CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 26, 2012

Gurauan Berkasih....

Kita bersama kerana itulah takdirNYA...kita berkasih hanya selepas bernikah. Tak sampai sebulan sahaja lagi kita akan menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kita. Syukur Ya Rabbi....hanya padaMU aku serahkan segalanya. Sepanjang setahun ini aku dan engkau pernah menangis kerana terasa..

Kita punya rumah kecil di dalam hati suatu masa dahulu ...pernah dirobohkan kepercayaan oleh insan tersayang...tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Akhirnya kita bersatu. Walau kita bukan orang yang punya segalanya tetapi kita bangun demi anak2 yang kian membesar..

Sebenarnya hati mahu selalu bercerita....mencoret segala yang berlaku agar ia menjadi tatapan anak2 kelak. Ya Allah lapangkan laluan kami menuju jalanMU...mencari hidayah yang akhirnya menjadi penyatu kami dengan akhirat. Lapangkan hati kami agar menjadi hamba yang kuat sentiasa teguh dengan perbuatan yang baik2. Sudah setahun kita berjauh seperti ini...seorang di sana seorang di sini...tetapi Allah berikan aku kecekalan walaupun hanya sebagai Ummi yang menumpang kasih anak2..aku masih mampu untuk bertahan 2  setengah jam perjalanan pergi dan balik. Rasa tak puas dalam diri andai tak dapat menatap wajah2 tersayang setiap hari....

Aku rinduuuuuuuuuuuuuuuu...................rinduuuuuuuuuu sangat...nak balik rasanya...