CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 5, 2010

Hati ini masih menangis...

Hati ini walang...airmata bergenang..sebesar2 rahmatMU atas segala musibah ini. Hidup perlu aku teruskan kerana di dunia ini aku berpijak.


Kutahan airmata ini dari mengalir di pipi, tetapi membasahi hati ini. Demi kasih dan sayangMU aku perlu lepaskan apa yang masih bersisa di hati ini. Agar perjalanan panjang ini dapat aku tempuhi dengan penuh kebaikan di dunia dan akhirat. Aku terlalu mengharap kasih kudusMU..


Janji dan kasih manusia tidak akan ke mana-mana..Kala kita sendiri bernafas semuanya boleh berubah. Inikan pula ketika kita telah tiada lagi di dunia fana ini. Kasih sayang dan kerinduan ini tetap terpahat dalam hati ini sampai mati. Engkau Maha Melihat segala apa yang telah dan sedang ku lalui...payah diri ini mentafsir segala kejadian yang berlaku cuma aku perlu redha dengan segala ketentuan..sekiranya aku masih belum meredhai maka aku belum layak untuk cintaMU..


Ya Allah...aku tidak mengeluh..tetapi selalunya inilah yang berlaku..aku berkata-kata dalam hati ini..memujuk hati agar lebih tenang dan bahagia menerima segela ketentuanMU. Ya Allah lapangkanlah hatiku dan lorongkanlah hatiku ke arah cintaMU yang satu...hanya Engkau Yang Satu dalam hidupku...saat dan ketika ini aku pasti perjalanan aku terlalu jauh...bersyukur kerana diberi peluang olehMU untuk berubah dan bermuhasabah diri yang pernuh dengan kekurangan ini. Engkau tahu apa yang tersemai walau sebesar zarah dalam hati ini...berilah peluang ini kepadaku melepaskan segala-galanya...dan tanamkan dalam hatiku cahaya kasih hingga ke mati untukMU Rabbi..

Monday, August 2, 2010

Akhirnya...

Aku terpaku...aku terdiam sebenarnya. Airmata bergenang dan hati terasa sungguh sebak. Inilah janji manusia...Mulut berjanji tetapi tidak langsung cuba mengotakannya. Terasa diri ini diperlakukan oleh manusia itu sendiri..


Ujian yang datang bisa menjahamkan hati yg taat padaNYA kecuali betul-betul bertekad. Aku berjanji menjauhi dirinya..dan aku simpan sayang ini jauh dilubuk hati...aku bawa diri makin dekat denganMU. Aku simpan kenangan lama yang terpendam, yang mencalarkan jiwa wanitaku..aku rebah tapi dengan tekad yang tinggi aku bangun demiMU.


Aku adalah wanita...manusia yang dijadikan Allah untuk hidup disamping kurniaannya. Segala sifat yang telah diberi adalah yang terbaik...kayu ukurnya adalah diri dan amalan. Bila aku kenang kisah lalu...airmata menitis..lantas menyalahkan..kerana dialah aku jadi begini dan begitu..tapi bila ditenung dalam-dalam pasti ada yang terselit segala apa, kenapa dan mengapa. Ya...Engkau kurniakan qada dan qadar menghiasi hidup anak adam ini...seperti warna pelangi..seperti malam yang penuh dengan cahaya bintang.


Aku simpan kasih dan sayang ini kejap dalam balang hati...tak mungkin ada yang tahu..kecuali Engkau...aku simpan dambaan hati dan airmata ini untukmu RABBI..agar aku lebih tenang dan gembira walau hati bersalut luka semalam. Engkau memberi aku rasa gembira dan duka ini..menyelami betapa anak-anak Adam yang semakin lalai...semakin menjauhi kalamMU...menjauhi semua kepatuhan kepadaMU.


Aku ingin jalan pulang yang penuh dengan cahayaMU...yang menerangi sepanjang jalan, hati dan jiwa ini. Jika inilah takdirnya...aku rela sendirian dengan segala ketentuanMU. Aku bukan orang yang kalah...tetapi aku paling bersyukur kerana cahaya yang datang di saat aku hilang segala pegangan. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Segala-galanya...