CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, June 29, 2010

Saatnya Pasti Datang

Bila Allah mengkehendakinya, tiada siapa yang dapat menghalang 'kun fa ya kun', maka jadilah ia. Saatnya pasti datang untuk semua makhluk yg bernyawa. Kematian itu pasti tiba, bersembunyilah di tempat yang tinggi atau di dalam peti sekalipun, sakaratulmaut pasti dapat mencari.

Friday, June 11, 2010

KerinduanNya

Kerinduan kita pada seseorang kadang-kadang terlalu melalaikan kita dengan duniawi. Menjalin perasaan dan membuai rasa paling tidak hanya menjadikan kita makin jauh dariNYA.

Sedar tak sedar masa berlalu. Bila mana kerinduan itu telah pudar dan kita kecewa baru kita mengaduh menjeruk rasa memohon kekuatan dariNYA. Pernahkah kita sedar selama ini kita mengabaikan kerinduan kepadaNYA. Leka dengan bayang-bayang dunia. Bila keseorangan dalam menempuh keperitan kecewa kerana kasih yang disemai tiada penghujung barulah kita kembali kepadaNYA. Menadah tangan memohon agar kita pasrah atas segala ketentuan.

Kenapa setelah semua ini berlaku baru kita merinduiNYA. Itulah manusia, akibat hanyut dgn dunia yang melalaikan. Bangunlah semua...satukan hati..biarlah semuanya datang sendiri. Umum sendiri mengetahui bahawa segala keburukan bermula dari hati yang tidak tetap imannya. Kuatkan iman dan penuhi hati dengan bunga-bunga cinta kepada Allah dan Rasul seterusnya ibu bapa..dan simpankan sedikit cinta itu untuk dirimu sendiri sebelum ia menjadi milik suamimu kelak.

Apa yang terjadi kadangkala bila dinilai semula ada sebab dan musababnya. Kerana kerinduanNYA kepada kita ujian diturunkan. DIA mahu kita sentiasa memohon padaNYA, kerana DIA lah satunya-satunya tiada yang lain selaian DIA, Hasbiyallah Wanikmal Wakil. Selagi DIA mengizinkan kita berada dimuka bumi ini pasti jalan untuk berubah dan bertaubat masih ada. Jangan hanya bila nyawa sudah dihujung tenggorok baru kita mahu sedar...Nauzubillah..peringatan ini untuk diri sendiri jua..

Bait-bait lagu...hari ini kubimbangi, jika terakhir hidup adakah lagi adakah subuh esok, untukku bernafas dan sujud mengabdi padaMu Tuhan, berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakanMu, hadirkan damai sebelum dihujung nafasku, Oh Tuhan berikan daku petunjukmu untukku meniti ke jalan redhamu, izinkan daku mengulangi janji-janji yg baru, taubat nasuha setulus untukMu..

Semuanya bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan bermuhasabah diri dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Palestin dengan penderitaannya...umat islam yang masih belum bersatu..dan diri sendiri dengan nafsu amarahnya.

Segala sesuatu yang datang dariNYA..sudah ditetapkan...sekuat mana kekuatan yang akan diuji, sebanyak mana airmata yang akan mengalir..tapi bila kita bermuhasabah..kita akan dapat melihat semua itu. Jadilah insan yang paling redha dengan segala ujian, kerana DIA mengetahui yang ghaib sedangkan kita tidak mengetahui. Hanya amalan, taqwa dan kebersihan hati nurani yang akan menjadikan muslimat dan muslimah sejati.

Menulis, mencoret dan mengutarakan memang mudah tapi selagi hati kita masih dapat menerima kebaikan insyaAllah semuanya akan dipermudah, tetapi jika hati kita telah mati ..hanya DIA yang mengetahui. (memetik sedikit kata-kata dari cd mengenai Hati oleh Ustazah Bahiyiah).

Berubahlah selagi kita masih mempunyai masa..kadang-kadang kita perlukan kekuatan yang cukup luarbiasa untuk berubah tetapi berpautlah padaNYA pasti kita akan bahagia.


InsyaAllah...doaku buat adikku agar cepat sembuh dan dipermudahkan Allah dan ingatlah segala ujian yang datang sekarang adalah kerana DIA paling sayang pada kita. Redhalah..hanya dengan redha hati akan lbh tenang dan bahagia. Moga ukhwah yang terjalin akan membawa kebaikan kepada semua dan semoga kita semua dapat berbakti di jalan Allah yang luas ini...