CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, April 19, 2011

Aku, dia, mereka dan semuanya

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Rujukan: http://mansur12.wordpress.com/2008/05/12/mutiara-kata-cinta/

Wednesday, April 13, 2011

Alhamdulillah...

Dah sebulan sejak last entry. Maaf ye, bahasa rojak. Aku bahagia dengan diri walau masih sendiri sebab aku ada Allah dan keluarga serta org2 yang disayangi. Aku bersyukur..pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.

Rasanya tanggungjawabku lebih terarah pada diri dan kedua ibubapaku sekarang, untuk mereka yang terbaik insyaAllah. Ada seorang hamba Allah menegurku, walaupun sudah bertahun2 kami tidak bertemu, cara aku bersembang di alam maya sepertinya aku amat bahagia. Hehehehe sempat lagi aku kenakan dia...awak pun bahagiakan?? sempat berangan lagi hahaha...ada org menyambut "nak kena ni"..

Tahun ni "travelling year" untuk diri sendiri. Mencari kebahagiaan di hati :). Syukurnya kerana masih berpijak di bumi Allah dan mengabdi diri padaNYA. Bersekolah semula walaupun hanya kursus biasa masa amat padat dan terisi..hehehe. By the way last sunday pegi Jalan TAR. Dah jarang pegi sana sbnrnya sbb dipenuhi lautan manusia...tak suka hiruk piruk dan bising2. Tapi dah janji dengan cikgu...yippieeee dah beli baju untuk majlis tu. Dah hntr kat tailor di kampung lagi...cikgu bw balik..hehehe. Siapa yang nak nikah ni...aku ke org lain?? perassaaaannnnnnyerrrr....InsyaAllah ada tu..

Apa lagi ye, sekadar melepaskan resah di hati, cukuplah kot...esok2 lagi ye...tapi aku suka2 aktiviti aku padat...Jalan TAR aku datang lagi ahad ni...tapi pagi2 aku dah sampai ok...especially SOGO..my favourite place...shopping time..