CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 26, 2011

Selami...

Sejak last entry dah nak masuk sebulan..tiap2 hari befikir nak menulis sebenarnya, tapi entah. Banyak sangat bicara dalam hati seorang diri. Banyak yang bersarang dalam hati dan jiwa sebenarnya. Aku malas nak berfikir yang bukan2, yang jauh terpesong dari apa yg patut aku fikirkan.

Entah di mana silapnya pegangan hidup kita sebagai manusia hari ni. Kadang2 bicara meninggi diri, kadang2 terasa diri halus ..kecil sekali. Perbezaan manusia mmg ketara..Allah jadikan semua tidak sama...itu aku fahami. Alhamdulillah abah makin sihat, sejak anak lelakinya menjenguk di kampung dia makin berseri2 aku lihat. Mungkin dah jemu melihat anak gadisnya yang selalu menjelma tak kira waktu...hahaha. Penyatuan kasih sayang sesama manusia lahir dari hati yang penuh dgn kegembiraan dan kesyukuran. Cuba tanya diri sendiri adakah cukup bakti kita kepada kedua org tua?? bahagiakan mereka hanya dengan duit ringgit tanpa kita mengucup dan memeluk mereka sewaktu berjumpa.

Duit bukan segala2nya...seseorang itu boleh mengaku tidak mempunyai duit...tp apa yg dia ada lebih membuktikan keupayaannya. Manusia yang melihat dengan mata kadangkala tidak menilai dgn hati. Seorang ibu tua pasti menunggu kepulangan anak2nya tak kira masa...tapi kesibukan si anak mengatasi segala2nya.

Ingat baik2..hati tua itu akan berganti dengan kita suatu hari nanti, andai Allah memanjangkan usia kita. Kelapangan hati dan fikiran akan menyebabkan kita merasai apa yg mereka rasai sekarang suatu waktu nanti. Bagi aku sendiri..menonton cerita sedih sudah cukup membuai emosi..menitiskan airmata, terasa ingin benar bersama org2 kesayanganku.

Cerita sedih yang sungguh sadis tak perlu diulangi cuma dijadikan sesuatu untuk kita lebih berhati2 dalam mencari jati diri sendiri..Maaflah andai tiada siapa yang memahami coretan kali ini. Tanpa sedar kita menjadi manusia yang terlalu taksub dgn dunia...entahlah...apa yg dicari sebenarnya...tanyalah akal dan hati..

Kita hidup dan dikurniakan akal...maka berfikirlah secara wajar..aku melihat dunia dgn hati terbuka...pandanglah ke langit Allah..dan pikirlah apa yang bersarang di hati. Aku menjadi pemikir, fikirkan tentang dunia tanpa sekelumit terfikir di mana aku akan pergi suatu hari nanti..

Semoga kita menjadi anak2 yang dapat membahagiakan kedua ibu bapa kita. Walaupun tanpa kekayaan dunia...walaupun tanpa harta melimpah ruah. Jangan biarkan kedua hati itu hancur kerana menunggu kepulangan anak2 yang sentiasa wujud dalam hati mereka..Jangan biarkan walau setitis airmata mereka mengalir...walaupun dalam hati. Kerana tangisan dalam hati mereka lebih membuat anak2 merana di dunia dan diakhirat.

Aku memerhati dan melihat bermacam jenis perangai manusia...aku cuba selami diri sendiri..mengenali siapa aku sebenarnya. Aku tak sebaik mana tetapi mencuba untuk menjadi anak yg terbaik untuk kedua2 mak dgn abah. Agar aku lbh hidup bahagia...agar mereka lbh gembira dan tiada airmata dalam hati mereka.

InsyaAllah....