CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, May 1, 2010

Tika Hati Bertekad


"Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku,
jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintaiku
dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu
yang membawa kepada kecintaan-Mu"


Ya Allah Rabbul Izzati, segala sesuatu hanya dariMu, gerakan hati ini dan tangan ini juga dariMu. Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa terpahat dalam diriku. Kala kau singkapkan titik-titik hitam dari hati ini dan kau gantikan dengan cahaya yang besinar-sinar maka aku dengan serendah-rendah diri sebagai hambaMu paling bersyukur dengan hidayah itu.

Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kerana tidak pernah langsung melupai hambaMu yang hina ini. Terima kasih kerana dengan ujian ini hati aku makin sayang padaMu. Kala aku rasa ini tidak berguna Engkau titipkan kasih dan sayangMu dalam rohku.

Apa yang telah terjadi selama ini cukup menyedarkan aku betapa khilafnya aku sebagai hambaMu dan kadangkala terasa diri ini cukup tidak berguna dan tidak layak memohon keampunanMu. Hati yang telah Engkau gerakkan ini paling gembira, syukur Alhamdulillah.

Tekadku kini hanya padaMu. Lemparkanlah segala kesedihan, kekusutan dan keburukan yang sentiasa menghantui jiwa yang lemah ini. Berkenalan dengannya hati aku jadi syahdu dan bahagia walau kadangkala hati mudah tersentuh..mudah menangis. Apa yang Engkau gerakkan kepadaku sejak 2 bulan yang lalu hanya Engkau yang tahu. Buku itu tu dah berulang kali aku membaca...sepertinya aku berada di alam yang baru, dalam pencarian diri ini. Tak pernah hati ini terlalu tertarik dengan buku seperti ini. Selayaknya aku perlu dan harus berterimakasih kepada penulisnya kerana gerakan di hati inilah yang banyak menyedarkan aku, betapa bernilainya aku sebagai hambaMu.

Aku berubah dan apa yang bersarang di hati ini hanya Engkau yang tahu. Kasih dan sayangku padaMu Ya Allah semakin bertambah hari demi hari. Inikah penghujung hidupku, jika inilah penghujungnya maka terlalu bersyukur padaMu dengan segala limpah dan hidayah yang telah Engkau tebarkan dalam hati ini. Janganlah kau palingkan hati ini setelah hidayah yang kau berikan ini Ya Allah.

Aku masih dalam pencarian...mencari diri tetap akan berterusan sehingga aku di ambil Allah suatu masa kelak. Jauhilah aku dari perkara yang mungkar dan keji. Aku perlu berjuang agar ketetapan hati ini tak akan sesekali menjauhi diri. Segalanya aku mulai dengan niat keranaMu..Tautkanlah kasih sayang antara akhowatku agar kami sentiasa mengingatiMu. Kemuliaan yang Engkau berikan kepada Wanita terlalu tinggi nilainya. InsyaAllah..