CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, March 11, 2011

Masanya...Pasti

Dah lama sejak last update. Semua kerja sudah selesai. Yang patut pergi kepada keluarga sudah bersatu..yang berjumpa Allah juga sudah bersatu dengan PenciptaNYA...

Hari ni tsunami menyerang Japan. Langkah berjaga2 untuk negara2 di dalam Lingkaran Api Pasifik juga ditingkatkan. Moga semuanya selamat...insyaAllah. Kemana pun kita pergi kematian akan tetap ada..

Moga Allah sentiasa memelihara diri kita..insyaAllah. Kita membesar dengan kasih sayang keluarga...bertuahnya kita. Namun kita hanya hamba Allah menjalani hidup di dunia ini sementara tiba ke hujung hidup kita. Pengalaman mengajar kita erti ketabahan dan cara kita mengawal kehidupan. Tetapi manusia mudah lupa dgn janji2 pada Allah sendiri.

Kasih sayang yang terjalin antara adik beradik sampai ke mati...kasih kedua ibu dan bapa..kena pastikan tempat yang mulia. Melihat betapa lelahnya dia, walaupun seekor kucing yang sudah bersama sepanjang 8 thn ni..nyata meninggalkan kesan dalam hati. Aku menunggu di sisi sambil mengusap2 badannya...sudah sampai masa ia dijemput Ilahi. Bayangkan betapa sakitnya ia...begitu jugalah aku sendiri...suatu masa nanti.

Sejak sebulan yang lalu aku perhatikan...bahawa ia tak akan lama...dari kecil sampai dia berumur 8 thn..susah untuk memegang atau mengusapnya. Cuma hari ini dapat mengusapnya...sambil ia mengerang2 halus...Ya Allah...akhirnya selepas isyak td masanya sudah tiba. Semasa sampai dr opis petang td...dia berjalan ke arahku...sambil menunjuk mukanya...aku basahkan kain...aku cuci muka, matanya dan hidungnya..aku kata jika nak mati di sini..tidurlah atas pelapik kain ini...akhirnya di atas pelapik kain itulah ajalnya sampai. Semasa bagi makan pagi tadi...dia asyik merenung air dlm bekas minumannya..masa tu hati dah terdetik...hari ni dia akan pergi.

Aku membesar dgn kucing sejak dari kecil. Malah sempat membela arnab dikawasan kampung dulu. Parentku juga peyayang cuma emak ternyata lbh garang hehehe. Sebenarnya cuba menyibukkan diri dengan kerja. Kerja2 rumah juga banyak.

Harap semua umat manusia akan bersatu...jadikan kebangkitan di tanah Arab sebagai satu kebangkitan ke arah kebaikan dan bukan perosak keamanan. Jadikan musibah yang berlaku sebagai salah satu jalan untuk menginsafkan diri. Jadilah umat Allah yang sentiasa memberi kebahagiaan kepada orang lain..kerana Allah pasti akan melimpahi kita dengan berganda2 rahmatNya...insyaAllah...