Aku takut untuk jatuh cinta lagi dan kecewa lagi. Takut bila hati mula menyayangi cinta ini berlalu saja. Aku takut dengan apa yang sedang aku hadapi sekarang. Betapa kuat desakan dalam hati yang menyatakan aku merinduinya kini, menyebabkan aku berasa berada ditahap kritikal. Hmmm besar penangan cinta..
Aku takut apa yang aku rasa adalah kerana nafsu dan bukan kerana Allah. Aku takut menzahirkan hati ini pada orang yang aku sudah mulai jatuh hati. Entahlah...adakah ini terjadi dengan segala bentuk kesunyian yang aku sedang alami...Aku tak pandai bermain kata apatah lagi untuk memujuk.
Perkara ini datang dengan sendirinya dan aku cuba untuk mengelaknya..tapi kekuatan aku seperti hilang. Aku demam hari ni...aku takut Ya Allah...takut sangat...takut airmata kecewa berulang lagi. Takut dgn perkara yang bukan-bukan. Engkau Mengetahui betapa aku merintih memohon dlm hati sebenarnya disebabkan perkara ini. Betapa aku cuba mengisi ruang hati yg kosong dengan zikirmu...tapi perasaan ini makin kuat.
Ya Allah berikan aku kekuatan dengan sebaik2 keberkatanMu. Jangan biarkan hati aku mengatasi kali ini. Tapi lapangkan perjalananku andai ini yang terbaik untukku, agamaku dan hari kemudianku. Hmmmm airmata ini hampir menitis bila aku mendengar bisikan hati dan betapa berdebarnya hati ini kerana rindu ini. Tapi biarlah aku simpan, kerana lbh baik tiada sesiapa mengetahuinya selain Engkau Yang Maha Mengetahui.

Landaskan perasaan, jiwa dan hati ini ke arah kebaikan dan kasih sayangMu dengan penuh rahmat untuk kesekian kalinya..aku pohon merintih dlm hati ini...Aku sendiri tidak tahu kenapa airmata ini mengalir tanpa henti2 sedangkan hatiku berzikir padaMu..Aku terlalu takut...takut dengan mainan dunia ini...

0 comments:
Post a Comment