CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, April 27, 2010

Rindu dan Kasih

Kadang-kadang rindu itu jadi benci,
Kadang-kadang rindu itu jadi kasih dan sayang,
Tapi kadang-kadang ia cukup menyakitkan,
Tapi aku manusia yang cekal dengan anugerah Tuhan.

Kadang-kadang kasih itu dekatkan kita semua,
Kadang-kadang kasih itu jadi racun di jiwa,
Tapi kadang-kadang ia menggembirakan kita,
Tapi aku tetap bersyukur kerana itulah penyucian jiwa.

Kadang-akadang aku fikir betapa teruknya
aku dengan ujian bertimpa-timpa,
Tapi bila aku melihat dan mendengar dengan hati dan jiwa,
Lebih ramai yang menderita di luar sana.

Kadang-kadang kita fikir apa yang ada belum mencukupi,
Tapi fikirkan orang yang tiada langsung dari kita,
Hakikatnya kita lebih beruntung dalam segala hal
kerana kita masih berpeluang memijak bumi Tuhan
dan mencari diri yang sebenarnya.

Andainya semua tahu menghargai dan bersyukur
dengan pemberianNYA nescaya kita semua akan bahagia selama-lamanya.
Setiap detik dan ketika, selagi kita masih bernafas maka
selagi itu kita adalah milikNYA kekal dan abadi.
InsyaAllah

0 comments: