CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 22, 2010

Perjuangan untuk taubatmu


Manisnya iman dan gembiranya kalbu tatkala hambaMu bersujud..memohon keampunan dariMu. Menangislah syaitan2 yang jahat hatinya yang sentiasa cuba melalaikan kita.

Zikrullah..ingatlah hanya Allah di jiwamu..di hatimu disegenap seluruh badanmu bersama aliran darah yang mengalir tanpa henti2.

Taubatlah hati yang kelam..rentaslah jiwa yang resah..pagarilah hidupmu dengan kasih Allah..dan gembiralah hadirnya iman dalam diriMu..

Jalan pulang terbentang di hadapan..kebenaran pasti ternyata..berusahalah tetapkan hatimu..bila kekuatan mula bertahta di jiwa pasti Allah sentiasa di sisi. Bukalah mata dan hatimu..carilah dirimu yang dulu, yang penuh dengan keindahan, penuh dengan kekuatan dan setia padaNya.

Berjalanlah lagi...terus ke hadapan..terus mara..jangan berhenti walau penat menguasai diri..teruskan..jangan lagi engkau pusing ke belakang jika hanya ingin hatimu mati...maralah..kumpulkan kekuatan..satukan tekad kerana hanya Allah-lah pelindungmu..

Wahai hati yang gundah gulana..bangunlah bersatu demi Allah..bangunlah bulatkan tekadmu hanya kerana engkau yang tahu siapa dirimu..jangan engkau kalah dengan perjuangan ini..aku tahu engkau kuat..engkau kuat dan engkau bertekad..
Ya Rabbi..bantulah hambaMu..hamba yang sungguh dan tidak ingin langsung mengenangMu bila ia berada dipuncak..bila ia dikelilingi kemewahan dunia..aku sedar Ya Rabbi..akulah insan yang hina..lemah dan pergantunganku tetap padaMu sampai bila2..kerana Engkaulah yang mengerti kekusutanku selama ini..mengerti kesilapanku, memahami jiwaku..aku malu Ya Allah..malu kerana selama ini aku lalai..
Bimbinglah hatiku dan jiwaku ke alam akhirat yang penuh dengan kebahagiaan..aku mohon biarlah penghujung hidupku..menjadi terbaik dan aku akan bahagia dengan penyatuan itu..InsyaAllah

0 comments: