Di kala jari dan kata2 bertaut..sayup2 bacaan ayat suci menandakan Azan Maghrib akan menyusul tidak lama lagi. Keluhan bertamu lagi di hati..menerbitkan kekesalan demi kekesalan. InsyaAllah kekuatan yang engkau berikan..engkau semaikan dalam hati ini akan terus bersemadi dengan jiwa ini.Siapakah yang lebih mulia dari mereka yang tidak lupa...bait2 lagu pun berkumandang perlahan2 berulang2 ditelinga dan sanubari. Ujian tetap datang dan tetap akan datang sampai bila2 sehingga tiba penghujung hidup kita. Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..
Aku sentiasa memujuk diri ini agar kata2 dan hati sentiasa berpadu tidak pernah bersengketa. Memujuk kerana entah bila waktuku akan tiba. Mencari bekalan yang akan ku bawa mengadapMu, Allah Yang Satu.
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, terangilah diriku dengan Nur ImanMu..berikan dan sematkan di dalam hati ini cita2 dan kekuatan untuk aku lalui hidup ini dengan airmata kekesalan dan kekuatan hati yang penuh dengan istiqamah agar aku tidak akan berpaling lagi.
Ampuni daku, walaupun ku tahu diri ini tidak layak untuk itu..tapi aku tahu Engkaulah Yang Menunjuk Jalan di kala aku kegelapan. Antara sedar atau tidak aku pasrah dihujung penghayatan. Ya Allah aku rindu, rindu padaMu..rindu pada kekuatan dahulu yang telah aku biarkan hanyut jauh dari diri ini.
Andai suatu hari aku akan pergi biarlah aku pergi dengan terubat segala resah di hati..segala kekusutan yang terkurung dalam jiwa yang kelam. Terangilah hati ini selama aku di dunia dan jauhkan aku dari hidup dalam kepura-puraan.
Ku habiskan tautan jari dan kata2 lewat malam. Perlukan penunjuk arah dariMu Ya Allah..sampai aku mati..hati menangis, sayu, sebak dan hati tidak keruan...Berikanlah aku HidayahMu dan janganlah kau palingkan aku walau sedetik dari mengingatiMu..

0 comments:
Post a Comment